Announcements

ini adalah additional information pada announcement:

  • Panduan Penghantaran Artikel

    2019-01-21

    Jurnal Bahasa

    Jurnal Bahasa merupakan jurnal berwasit yang diterbitkan dua kali setahun, iaitu pada bulan Jun dan Disember oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tujuan jurnal ini diterbitkan adalah untuk mengembangkan bidang linguistik dalam bahasa Melayu. Jurnal ini menjadi wadah kepada ahli linguistik untuk membentangkan pandangan dan penemuan mereka dalam bidang linguistik dan terbuka kepada semua. Manuskrip jurnal yang dibincangkan perlulah mempunyai liputan seperti:

    - Fonologi                            - Etimologi

    - Morfologi                          - Psikolinguistik

    - Sintaksis                            - Peristilahan

    - Semantik                           - Leksikografi

    - Pragmatik                         - Pengkomputeran Bahasa

    - Analisis Wacana                - Sosiolinguistik

    Peringatan Undangan Menulis untuk Jurnal Bahasa

    Manuskrip jurnal perlu dihantar secara dalam talian di http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jurnalbahasa/about/submissions

    Manuskrip jurnal yang dihantar akan melalui proses penilaian secara double blind review, kemudian penulis akan diberi maklum balas mengenai status manuskrip melalui e-mel. Penulis perlu memastikan,

    Untuk maklumat lanjut sila layari http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress

    Tarikh akhir penghantaran pada 15 Mac 2019 bagi keluaran Jun 2019 dan 15 Ogos 2019 untuk keluaran Disember 2019.

    Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi editor kami menerusi e-mel: zaiton6@dbp.gov.my

    (Sebarang penghantaran yang melepasi tarikh akhir akan dibawa untuk penerbitan seterusnya)

    Read more about Panduan Penghantaran Artikel